Kesimpulannya, Universiti Utara Malaysia ini adalah salah satu universiti yang telah menyediakan kemudahan yang terbaik kepada pelajar-pelajarnya. Hal ini terbukti apabila UUM ini terbukti mampu menyediakan kemudahan Dewan Penginapan Pelajar kepada seluruh pelajarnya. Dengan kemudahan yang disediakan ini, para pelajarnya tidak perlu lagi untuk menyewa rumah diluar kawasan universiti.
Tambahan lagi, kemudahan ini telah memberikan banyak faedah kepada para pelajarnya. Antaranya adalah seperti :
- keselamatan pelajar lebih terjamin
- pelajar dapat menjimatkan wang perbelanjaan dari segi bayaran penginapan
- pelajar dapat menjimatkan masa perjalanan dari kawasan penginapan ke kawasan universiti (kuliah)
- kemudahan-kemudahan sampingan juga banyak disediakan di setiap Dewan Penginapan Pelajar seperti cafe, kedai fotostet, dan lain-lain.
- Kemudahan ini juga bukan sahaja dari segi akademik malahan juga jasmani dan rohani. Contohnya, kemudahan padang di setiap DPP bagi membolehkan aktiviti riadah dilakukan.
Disini, kami dapat menyimpulkan bahawa Universiti Utara Malaysia adalah salah satu universiti terbaik di Malaysia. Oleh yang demikian, bersyukurlah kita kerana dapat menuntut di universiti terkemuka ini.
Sekian, terima kasih dari kami.
Habibainie^^
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
Monday, 18 March 2013
DPP SME BANK
DPP SME BANK
Kolej Bukit Kachi 2 ini adalah nama lama untuk DPP SME BANK. DPP ini terletak 3 kilometer dari kampus induknya. DPP SME BANK ini adalah DPP yang ditempatkan di luar kawasan universiti. Reka bentuk asrama ini berkonsepkan alam semulajadi dan mewujudkan halaman terbuka. Ia merangkumi 8 blok asrama, 1 dewan makan yang berkonsepkan Restoren dan 1 pejabat asrama. Setiap blok asrama ditempatkan dengan rumah Felo dan kolej ini juga mempunyai 1 unit semi D yang berasingan untuk rumah pengetua.
Bagi mewujudkan frasarana yang kondusif kepada penghuninya dengan menyediakan kemudahan seperti kedai fotostat, kedai serbaguna, kedai cenderamata dan kedai komputer di pusat aktiviti pelajar. Kemudahan yang lain adalah seperti Kemudahan Mall Kachi yang memuatkan sebuah pasaraya mini dan gerai-gerai makan, sebuah masjid, sebuah dewan besar serta kemudahan untuk beriadah seperti padang bola sepak, gelanggang bola tampar, bola jaring dan lain-lain. Sebuah stor sukan juga dibina berhampiran dengan masjid.
DPP BANK RAKYAT
DPP BANK RAKYAT
DPP ini dahulunya dikenali dengan nama Kolej Bukit Kachi 1. Memulakan operasinya pada JUn 2003. DPP ini dibina bersebelahan dengan DPP SME BANK.
Pada 11 Oktober 2008, Kolej Bukit Kachi 1 ini telah ditukarkan dengan nama DPP Bank Rakyat. DPP ini mendapat penajaan sebanyak RM 300 ribu dari pihak Bank Rakyat untuk proses penaiktarafan DPP dengan menyediakan kelengkapan dan kemudahan kepada pelajarnya.
DPP BANK MUAMALAT
DPP BANK MUAMALAT
Pada 1 November 2000, UUM telah mengorak langkah dengan membina sebuah lagi kolej kediaman yang baru sahaj dibuka untuk menampung penginapan pelajar yang semakin bertambah. Penempatan baru ini dibuka sebagai tanda usaha yang berterusan bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelajar UUM.
Kerja-kerja pembinaan bangunan baru ini telah bermula sejak 20 Jun 1999 dan dikenali sebagai Gugusan Aseania yang berupaya menampung seramai 3000 pelajar pada satu-satu masa. Bangunan ini telah disiapkan dan diserahkan kepada UUM pada 16 Oktober 2000.
Mulai 16 September 2003, Kolej Aseania II telah dimasyhurkan sebagai Kolej Bank Muamalat. Pemasyhuran ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Sabar Bin Abdul Rahman iaitu Naib Presiden Eksekutif Bahagian Sokongan Korporat, Bank Muamalat.
Oleh kerana penstrukturan baru universiti, maka kolej juga turur menerima perubahan iaitu nama kolej ditukarkan kepada Dewan Penginapan Pelajar (DPP) bermula tahun 2008.
Moto DPP Muamalat iaitu " Ceria Wanita Pintar Bertindak" dijadikan semangat oleh setiap warga DPP kerana kesemua penghuninya adalah wanita dan selaras untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan pelajar-pelajar tanpa mengira perbezaan kaum.
Manakal matlamat Dpp Muamalat ini adalah menonjolkan jiwa waja wanita yang tidak mudah menyerah kalah dan memastikan kegemilangan DpP dapat dicapai melalui usaha menyeluruh warga DPP.
Dpp bukan sahaja hanya menjadi sebagai tempat penginapan semata-mata tetapi juga sebagai pusat pembangunan akademik dan juga sahsiah pelajar. Pelbagai kemudahan asas pelajar seperti surau, bilik bacaan, makmal komputer, dan macam-macam lagi.
Pihak pentadbiran DPP mengharapkan agar semua warga Dpp Bank Muamalat mampu menjadi mahasiswa yang berwawasan , berdedikasi, cemerlang, berketrampilan. mempunyai sifat-sifat intelektual yang tinggi, bermoral, dan beretika hasil daripada gerapan semua sumber dan kemudahan yang disediakan DPP ini.
DPP YAB
[DEWAN PENGINAPAN PELAJAR DI LALUAN C]
Dewan Penginapan Pelajar yang berada di laluan C adalah Dewan Penginapan Pelajar YAB dan juga Dewan Penginapan Pelajar Bank Muamalat.
DPP YAB
Bangunan yang pertama yang disiapkan adalah AP3 dan AP4 yang dikenali sebagai Kolej Aseania 1 telah disiapkan pada 16 Oktober 2000. Penempatan awal pelajar telah bermula pada sesi November 2000/2001 dengan seramai 1500 orang pelajar.
Bagaimanapun mulai sesi Mei 2001, pentadbiran kolej dibahagikan kepada dua iaitu Aseania I iaitu Blok AP1 dan AP2 manakala Aseania II pula adalah Blok AP3 dan AP4. Pengambilan pertama di Kolej Aseania I adalah terdiri daripada pelajar lelaki berjumlah 1214 orang yang telah dipindahkan dari blok AP4 ke blok AP1 diikuti dengan pengambilan pelajar perempuanpada Jun 2001 yang ditempatkan di blok AP2 dan menjadikan jumlah keseluruhan penghuni Dpp ini seramai 2682 oraang pada waktu itu.
Pada 21 November 2002, Kolej Aseania I yang terdiri daripada blok Ap1 dan AP 2 telah ditukarkan nama kepada Kolej Kediaman Yayasan AlBukhary. Pemasyhuran kolej tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Seri Dr. Abdul Shukor Bin Abdullah iaitu Penasihat Pendidikan Yayasan Albukhary.
Moto DPP YAB iaitu " Nobatkan Kegemilangan Melalui Usaha Dan Komitmen" dijadikan azimat oleh setiap warga DPP YAB dan matlamat utamanya ialah memastikan kegemilangan DPP YAB dapat dicapai melalui usaha menyeluruh warga DPP YAB.
DPP TM, DPP SIME DARBY & DPP MAYBANK
DPP TM
Pada awalnya ia dikenali sebagai DPP TELEKOM dan kini ia dikenali dengan nama DPP TM. Ia adalah DPP yang ke-7.
Nama DPP TM ini diambil sempena dengan nama sebuah badan korporat iaitu TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
_________________________________________________________________
DPP SIME DARBY
DPP Sime Darby ini dahulunya dikenali dengan nama Kolej Guthrie. Namun ia ditukar dengan rasminya pada 30 Ogos 2008 oleh Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Putra Badlishah Ibni Dato' Seri Tunku Annuar.
Dahulunya ia ditempatkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Pelajar, dimana unit Bahagian Perumahan dan Penempatan Pelajar merupkan unit khas untuk menguruskan urusan pentadbiran DPP khususnya penginapan pelajar. Walau bagaimanapun, pada pertengahan tahun 2010, pentadbiran DPP diletakkan di bawah pentadbiran College of Business (COB) dan kini ia di bawah Pusat Penginapan Pelajar (SAC).
_________________________________________________________________
DPP MAYBANK
DPP Maybank ini dahulunya dikenali sebagai "Kolej Kelamin" pada awal penubuhannya. DPP ini adalah DPP yang ke-11 di UUM ini.
DPP Maybank ini khas untuk menempatkan pelajar antarabangsa dan kini juga menempatkan pelajar yang telah berkahwin ataupun berkeluarga. DPP ini mempunyai sebanyak 322 buah rumah 'apartment' yang dihuni lebih dari 350 orang penghuni. Reka bentuk rumah ini berkonsepkan 'apartment' sesuai untuk penghuni/pelajar yang sudah berkeluarga.
DPP MISC & DPP PETRONAS
DPP MISC
DPP MISC ini dahulunya dikenali dengan nama Kolej Kesembilan kerana ia adalah merupakan DPP ke-9 daripada 15 DPP yang terdapat di UUM ini.
DPP MISC ini dikhususkan sebagai DPP yang menekankan aspek kesukanan. Oleh itu, majoriti pelajar yang menduduki di DPP MISC ini adalah terdiri daripada atlet-atlet sukan universiti. Hal ini adalah kerana lokasi DPP ini yang strategik dan berdekatan dengan Pusat Sukan UUM. Di samping itu, Pusat Kesihatan, Pandang Golf, Dewan Muadzam Shah, The Mall dan Masjid Universiti juga saling berdekatan.
_________________________________________________________________
DPP PETRONAS
DPP Petronas ini secara rasminya diberi nama pada 19 Mac 1995. Nama Petronas ini diambil bersempena dengan nama sebuah Syarikat Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS). Sebelum itu, ia dikenali dengan nama Kolej D9. Majlis pemasyuran nama DPP yang baru ini berlangsung di Dewan Muadzam Shah, UUM dan dirasmikan oleh Presiden Eksekutif PETRONAS iaitu Yang Berbahagia Dato' Mohd. Hussain Marican.
Lokasi DPP PETRONAS ini sangat strategik kerana ia berhampiran dengan The Varsity Mall, Pusat Budaya & Seni, Majlis Sultan Badlishah, Pusat Kegiatan Pelajar, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Dewan MAS, dan sebagainya.
DPP Petronas ini secara rasminya diberi nama pada 19 Mac 1995. Nama Petronas ini diambil bersempena dengan nama sebuah Syarikat Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS). Sebelum itu, ia dikenali dengan nama Kolej D9. Majlis pemasyuran nama DPP yang baru ini berlangsung di Dewan Muadzam Shah, UUM dan dirasmikan oleh Presiden Eksekutif PETRONAS iaitu Yang Berbahagia Dato' Mohd. Hussain Marican.
Lokasi DPP PETRONAS ini sangat strategik kerana ia berhampiran dengan The Varsity Mall, Pusat Budaya & Seni, Majlis Sultan Badlishah, Pusat Kegiatan Pelajar, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Dewan MAS, dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)