Dewan Penginapan Pelajar di Laluan B
Terdapat 7 buah Dewan Penginapan Pelajar di laluan B. Antaranya adalah seperti berikut :
- DPP EON
- DPP Bank Simpanan Nasional (BSN)
- DPP TM
- DPP MISC
- DPP Sime Darby
- DPP Petronas
- DPP Maybank
________________________________________________________________
DPP EON
DPP EON adalah DPP ke-5 yang dibina di UUM ini. DPP EON ini dirasmikan oleh Y.BHG. Dato' Adzmi bin AB. Wahab, iaitu Pengarah Urusan "Edaran Otomobil Nasional Berhad" pada 6 Mac 1996.
DPP EON ini mempounyai 8 buah blok iaitu :
- Blok A - Al-Azhar
- Blok B - Boston
- Blok C - Cambridge
- Blok D - Dublin
- Blok E - Edinburgh
- Blok F - Frankurt
- Blok G - Glasglow
- Blok H - Harvard
6 Blok pertama yang disenaraikan di atas adalah untuk perempuan dan yang selebihnya adalah untuk lelaki.
DPP EON ini mempunyai objektifnya tersendiri iaitu :
- melahirkan pemimpin dengan pelbagai kemahiran
- melahirkan intelektual yang berkarisma dan berdaya saing
- meningkatkan tingkah laku tanggungjawab dan keikhlasan di kalangan pelajar
- melahirkan graduan agresif, aktif, inovatif, dan dinamik
- memupuk perasaan cinta terhadap kolej DPP dengan interaksi yang berterusan
- Generasi berkarisma, berpengetahuan dan bertingkah laku yang baik
_________________________________________________________________
DPP Bank Simpanan Nasional (BSN)
DPP BSN ini dikenali dengan nama DPP Perwaja pada awal penubuhannya dan kini ia dikenali sebagai DPP EON yang juga merupakan kolej ke-8 daripada 15 buah kolej yang terdapat di UUM.
Kini DPP BSN mempunyai 6 blok dimana ia dapat menampung 750 mahasiswa dalam satu-satu masa. Pertukaran nama DPP ini mendapat persetujuan selepas pihak BSN bersetuju untuk menaja DPP ini. Oleh itu, satu perjanjian yang dinamakan MOA telah ditandatangani antara pihak BSN dan pihak UUM di Hotel Sri Pasifik, Kuala Lumpur. Pertukaran ini telah menyumbangkan banyak perubahan dan keceriaan terhadap DPP BSN ini, dimana pihak dari BSN telah menaja perbelanjaan sebanyak 1.3 juta. DPP BSN ini juga sinonim dengan gelaran atau identiti PALAPES yakni sebahagian dari residennya adalah merupakan ahli-ahli PALAPES darat, laut, dan udara.
No comments:
Post a Comment