Matlamat tugasan kumpulan ini ialah :
- untuk mengkaji, mengguna, dan memahami penggunaan aplikasi web 2.0
Dengan melaksanakan tugasan ini, kami dapat mengkaji, mengguna, dan memahami penggunaan aplikasi web 2.0 ini dengan lebih mendalam. Contoh bagi aplikasi yang menggunakan web 2.0 ini adalah seperti Youtube, Facebook, Myspace, Twitter, Blog dan sebagainya. Kewujudan aplikasi web 2.0 ini banyak memberi sumbangan dalam dunia IT, dimana ia dilihat dapat mengembangkan jaringan komunikasi secara tidak langsung. Justeru, aplikasi web 2.0 ini banyak memberi sumbangan kepada hidupan harian masyarakat.
- meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan sistem maklumat
Melalui kajian ini juga, kami dapat meningkatkan pengetahuan kami tentang pengurusan sistem maklumat yang juga merupakan salah satu subjek yang diambil pada semester ini (2012/2013). Pengurusan sistem maklumat (MIS) ini adalah satu bentuk sistem sokongan unyuk pengurusan. Ia menyediakan maklumat bagi menyokong keperluan pembuatan keputusan harian kepada pengurus pengguna akhir. Selain itu, pengurusan sistem maklumat ini juga menekankan kepada penyediaan maklumat tertentu kepada pengurus supaya dapat membantu keputusan harian dibuat dengan lebih berkesan.
PENDAHULUAN
Assalamu'alaikum sahabat semua,
salam dihulur sebagai pembuka bicara,
beradanya kami di sini untuk menyampaikan satu cerita,
ceritanya adalah tentang DPP dalam Universiti Utara Malaysia.
Universiti Utara Malaysia ini sememangnya terkenal dengan salah satu universiti di Malaysia yang berorientasikan pengurusan terunggul.
Apa yang bermain di minda anda apabila kami mengemukakan persoalan-persoalan ini :-
1) Adakah anda sebagai mahasiswa/i UUM sendiri merasakan bahawa UUM ini adalah Universiti Pengurusan Terunggul?
2) Mengapa anda berfikiran demikian?
Sebagai seorang pelajar UUM, kami faham keadaan yang anda hadapi walaupun segelintir daripada anda merasakan bahawa UUM masih banyak yang perlu ditambahbaikan. Namun sedarkah anda, kita sebagai pelajar UUM patut berbangga kerana kita SEKARANG INI berada di US!!!!!
Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan US????
Ahaaaaaaaaaaaaaaa.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ya, betul...Ulu Sintok!
Jadi berbanggalah anda kerana kita ditakdirkan berada disini...
Mengapa pula kami mengatakan bahawa UUM ini adalah universiti terunggul?
mari kita sama-sama menyaksikan tayangan video ini...
mari kita sama-sama menyaksikan tayangan video ini...
Sebagaimana yang kita ketahui, di UUM ini terdapat 15 buah kolej atau di UUM lebih dikenali sebagai ...DEWAN PENGINAPAN PELAJAR...
Di sini kami akan menghuraikan apa yang ada di setiap DPP di Universiti Utara Malaysia ini...
Di sini kami akan menghuraikan apa yang ada di setiap DPP di Universiti Utara Malaysia ini...
No comments:
Post a Comment