WELCOME TO OUR BLOGSPOT.HABIBAINIE

Monday, 18 March 2013

PENUTUP KESIMPULAN

Kesimpulannya, Universiti Utara Malaysia ini adalah salah satu universiti yang telah menyediakan kemudahan yang terbaik kepada pelajar-pelajarnya. Hal ini terbukti apabila UUM ini terbukti mampu menyediakan kemudahan Dewan Penginapan Pelajar kepada seluruh pelajarnya. Dengan kemudahan yang disediakan ini, para pelajarnya tidak perlu lagi untuk menyewa rumah diluar kawasan universiti. 

Tambahan lagi, kemudahan ini telah memberikan banyak faedah kepada para pelajarnya. Antaranya adalah seperti :

- keselamatan pelajar lebih terjamin
- pelajar dapat menjimatkan wang perbelanjaan dari segi bayaran penginapan
- pelajar dapat menjimatkan masa perjalanan dari kawasan penginapan ke kawasan universiti (kuliah)
- kemudahan-kemudahan sampingan juga banyak disediakan di setiap Dewan Penginapan Pelajar seperti cafe, kedai fotostet, dan lain-lain.
- Kemudahan ini juga  bukan sahaja dari segi akademik malahan juga jasmani dan rohani. Contohnya, kemudahan padang di setiap DPP bagi membolehkan aktiviti riadah dilakukan.

Disini, kami dapat menyimpulkan bahawa Universiti Utara Malaysia adalah salah satu universiti terbaik di Malaysia. Oleh yang demikian, bersyukurlah kita kerana dapat menuntut di universiti terkemuka ini.

Sekian, terima kasih dari kami.
Habibainie^^

DPP SME BANK



DPP SME BANK



Kolej Bukit Kachi 2 ini adalah nama lama untuk DPP SME BANK. DPP ini terletak 3 kilometer dari kampus induknya. DPP SME BANK ini adalah DPP yang ditempatkan di luar kawasan universiti. Reka bentuk asrama ini berkonsepkan alam semulajadi dan mewujudkan halaman terbuka. Ia merangkumi 8 blok asrama, 1 dewan makan yang berkonsepkan Restoren dan 1 pejabat asrama. Setiap blok asrama ditempatkan dengan rumah Felo dan kolej ini juga mempunyai 1 unit semi D yang berasingan untuk rumah pengetua.



Bagi mewujudkan frasarana yang kondusif kepada penghuninya dengan menyediakan kemudahan seperti kedai fotostat, kedai serbaguna, kedai cenderamata dan kedai komputer di pusat aktiviti pelajar. Kemudahan yang lain adalah seperti Kemudahan Mall Kachi yang memuatkan sebuah pasaraya mini dan gerai-gerai makan, sebuah masjid, sebuah dewan besar serta kemudahan untuk beriadah seperti padang bola sepak, gelanggang bola tampar, bola jaring dan lain-lain. Sebuah stor sukan juga dibina berhampiran dengan masjid.








DPP BANK RAKYAT


DPP DI LALUAN D



DPP BANK RAKYAT

DPP ini dahulunya dikenali dengan nama Kolej Bukit Kachi 1. Memulakan operasinya pada JUn 2003. DPP ini dibina bersebelahan dengan DPP SME BANK.


Pada 11 Oktober  2008, Kolej Bukit Kachi 1 ini telah ditukarkan dengan nama DPP Bank Rakyat. DPP ini mendapat penajaan sebanyak RM 300 ribu dari pihak Bank Rakyat untuk proses penaiktarafan DPP dengan menyediakan kelengkapan dan kemudahan kepada pelajarnya.



DPP BANK MUAMALAT

DPP BANK MUAMALAT


Pada 1 November 2000, UUM telah mengorak langkah dengan membina sebuah lagi kolej kediaman yang baru sahaj dibuka untuk menampung penginapan pelajar yang semakin bertambah. Penempatan baru ini dibuka sebagai tanda usaha yang berterusan bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelajar UUM.

Kerja-kerja pembinaan bangunan baru ini telah bermula sejak 20 Jun 1999 dan dikenali sebagai Gugusan Aseania yang berupaya menampung seramai 3000 pelajar pada satu-satu masa. Bangunan ini telah disiapkan dan diserahkan kepada UUM pada 16 Oktober 2000.

Mulai 16 September 2003, Kolej Aseania II telah dimasyhurkan sebagai Kolej Bank Muamalat. Pemasyhuran ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Sabar Bin Abdul Rahman iaitu Naib Presiden Eksekutif Bahagian Sokongan Korporat, Bank Muamalat.


Oleh kerana penstrukturan baru universiti, maka kolej juga turur menerima perubahan iaitu nama kolej ditukarkan kepada Dewan Penginapan Pelajar (DPP) bermula tahun 2008.



Moto DPP Muamalat iaitu " Ceria Wanita Pintar Bertindak" dijadikan semangat oleh setiap warga DPP kerana kesemua penghuninya adalah wanita dan selaras untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan pelajar-pelajar tanpa mengira perbezaan kaum.

Manakal matlamat Dpp Muamalat ini adalah menonjolkan jiwa waja wanita yang tidak mudah menyerah kalah dan memastikan kegemilangan DpP dapat dicapai melalui usaha menyeluruh warga DPP.


Dpp bukan sahaja hanya menjadi sebagai tempat penginapan semata-mata tetapi juga sebagai pusat pembangunan akademik dan juga sahsiah pelajar. Pelbagai kemudahan asas pelajar seperti surau, bilik bacaan, makmal komputer, dan macam-macam lagi.


Pihak pentadbiran DPP mengharapkan agar semua warga Dpp Bank Muamalat mampu menjadi mahasiswa yang berwawasan , berdedikasi, cemerlang, berketrampilan. mempunyai sifat-sifat intelektual yang tinggi, bermoral, dan beretika hasil daripada gerapan semua sumber dan kemudahan yang disediakan DPP ini.





DPP YAB


[DEWAN PENGINAPAN PELAJAR DI LALUAN  C]


Dewan Penginapan Pelajar yang berada di laluan C adalah Dewan Penginapan Pelajar YAB dan juga Dewan Penginapan Pelajar Bank Muamalat. 


DPP YAB

DPP YAB ini adalah singkatan kepada Dewan Penginapan Pelajar Yayasan Al-Bukhary. 


Ia mula dikenali sebagai Gugusan Aseania dengan berupaya menampung seramai 6000 pelajar pada satu-satu masa dan terdiri daripada Blok AP1, AP2, AP3, dan AP4.

Bangunan yang pertama yang disiapkan adalah AP3 dan AP4 yang dikenali sebagai Kolej Aseania 1 telah disiapkan pada 16 Oktober 2000. Penempatan awal pelajar telah bermula pada sesi November 2000/2001 dengan seramai 1500 orang pelajar. 

Bagaimanapun mulai sesi Mei 2001, pentadbiran kolej dibahagikan kepada dua iaitu Aseania I iaitu Blok AP1 dan AP2 manakala Aseania II pula adalah Blok AP3 dan AP4. Pengambilan pertama di Kolej Aseania I adalah terdiri daripada pelajar lelaki berjumlah 1214 orang yang telah dipindahkan dari blok AP4 ke blok AP1 diikuti dengan pengambilan pelajar perempuanpada Jun 2001 yang ditempatkan di blok AP2 dan menjadikan jumlah keseluruhan penghuni Dpp ini seramai 2682 oraang pada waktu itu.

Pada 21 November 2002, Kolej Aseania I yang terdiri daripada blok Ap1 dan AP 2 telah ditukarkan nama kepada Kolej Kediaman Yayasan AlBukhary. Pemasyhuran kolej tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Seri Dr. Abdul Shukor Bin Abdullah iaitu Penasihat Pendidikan Yayasan Albukhary.

Moto DPP YAB iaitu " Nobatkan Kegemilangan Melalui Usaha Dan Komitmen" dijadikan azimat oleh setiap warga DPP YAB dan matlamat utamanya ialah memastikan kegemilangan DPP YAB dapat dicapai melalui usaha menyeluruh warga DPP YAB.






DPP TM, DPP SIME DARBY & DPP MAYBANK

DPP TM




Pada awalnya ia dikenali sebagai DPP TELEKOM dan kini ia dikenali dengan nama DPP TM. Ia adalah DPP yang ke-7.

Nama DPP TM ini diambil sempena dengan nama sebuah badan korporat iaitu TELEKOM MALAYSIA BERHAD. 



_________________________________________________________________

DPP SIME DARBY


DPP Sime Darby ini dahulunya dikenali dengan nama Kolej Guthrie. Namun ia ditukar dengan rasminya pada 30 Ogos 2008 oleh Yang Teramat Mulia Dato' Tunku Putra Badlishah Ibni Dato' Seri Tunku Annuar.

Dahulunya ia ditempatkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Pelajar, dimana unit Bahagian Perumahan dan Penempatan Pelajar merupkan unit khas untuk menguruskan urusan pentadbiran DPP khususnya penginapan pelajar. Walau bagaimanapun, pada pertengahan tahun 2010, pentadbiran DPP diletakkan di bawah pentadbiran College of Business (COB) dan kini ia di bawah Pusat Penginapan Pelajar (SAC).


_________________________________________________________________

DPP MAYBANK



DPP Maybank ini dahulunya dikenali sebagai "Kolej Kelamin" pada awal penubuhannya. DPP ini adalah DPP yang ke-11 di UUM ini.

DPP Maybank ini khas untuk menempatkan pelajar antarabangsa dan kini juga menempatkan pelajar yang telah berkahwin ataupun berkeluarga. DPP ini mempunyai sebanyak 322 buah rumah 'apartment' yang dihuni lebih dari 350 orang penghuni. Reka bentuk rumah ini berkonsepkan 'apartment' sesuai untuk penghuni/pelajar yang sudah berkeluarga.






DPP MISC & DPP PETRONAS

DPP MISC


DPP MISC ini dahulunya dikenali dengan nama Kolej Kesembilan kerana ia adalah merupakan DPP ke-9 daripada 15 DPP yang terdapat di UUM ini.

DPP MISC ini dikhususkan sebagai DPP yang menekankan aspek kesukanan. Oleh itu, majoriti pelajar yang menduduki di DPP MISC ini adalah terdiri daripada atlet-atlet sukan universiti. Hal ini adalah kerana lokasi DPP ini yang strategik dan berdekatan dengan Pusat Sukan UUM. Di samping itu, Pusat Kesihatan, Pandang Golf, Dewan Muadzam Shah, The Mall dan Masjid Universiti juga saling berdekatan.

 



_________________________________________________________________

DPP PETRONAS



DPP Petronas ini secara rasminya diberi nama pada 19 Mac 1995. Nama Petronas ini diambil bersempena dengan nama sebuah Syarikat Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS). Sebelum itu, ia dikenali dengan nama Kolej D9. Majlis pemasyuran nama DPP yang baru ini berlangsung di Dewan Muadzam Shah, UUM dan dirasmikan oleh Presiden Eksekutif PETRONAS iaitu Yang Berbahagia Dato' Mohd. Hussain Marican.

Lokasi DPP PETRONAS ini sangat strategik kerana ia berhampiran dengan The Varsity Mall, Pusat Budaya & Seni, Majlis Sultan Badlishah, Pusat Kegiatan Pelajar, Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Dewan MAS, dan sebagainya.

DPP EON & DPP BSN


Dewan Penginapan Pelajar di Laluan B



Terdapat 7 buah Dewan Penginapan Pelajar di laluan B. Antaranya adalah seperti berikut :

  • DPP EON
  • DPP Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • DPP TM
  • DPP MISC
  • DPP Sime Darby
  • DPP Petronas
  • DPP Maybank

________________________________________________________________

DPP EON




DPP EON adalah DPP ke-5 yang dibina di UUM ini. DPP EON ini dirasmikan oleh Y.BHG. Dato' Adzmi bin AB. Wahab, iaitu Pengarah Urusan "Edaran Otomobil Nasional Berhad" pada 6 Mac 1996.

DPP EON ini mempounyai 8 buah blok iaitu :
  1. Blok A - Al-Azhar
  2. Blok B - Boston
  3. Blok C - Cambridge
  4. Blok D - Dublin
  5. Blok E - Edinburgh
  6. Blok F - Frankurt
  7. Blok G - Glasglow
  8. Blok H - Harvard
6 Blok pertama yang disenaraikan di atas adalah untuk perempuan dan yang selebihnya adalah untuk lelaki.



DPP EON ini mempunyai objektifnya tersendiri iaitu :

- melahirkan pemimpin dengan pelbagai kemahiran
- melahirkan intelektual yang berkarisma dan berdaya saing
- meningkatkan tingkah laku tanggungjawab dan keikhlasan di kalangan pelajar
- melahirkan graduan agresif, aktif, inovatif, dan dinamik
- memupuk perasaan cinta terhadap kolej DPP dengan interaksi yang berterusan
- Generasi berkarisma, berpengetahuan dan bertingkah laku yang baik

 



_________________________________________________________________

DPP Bank Simpanan Nasional (BSN)


DPP BSN ini dikenali dengan nama DPP Perwaja pada awal penubuhannya dan kini ia dikenali sebagai DPP EON yang juga merupakan kolej ke-8 daripada 15 buah kolej yang terdapat di UUM. 

Kini DPP BSN mempunyai 6 blok dimana ia dapat menampung 750 mahasiswa dalam satu-satu masa. Pertukaran nama DPP ini mendapat persetujuan selepas pihak BSN bersetuju untuk menaja DPP ini. Oleh itu, satu perjanjian yang dinamakan MOA telah ditandatangani antara pihak BSN dan pihak UUM di Hotel Sri Pasifik, Kuala Lumpur. Pertukaran ini telah menyumbangkan banyak perubahan dan keceriaan terhadap DPP BSN ini, dimana pihak dari BSN telah menaja perbelanjaan sebanyak 1.3 juta. DPP BSN ini juga sinonim dengan gelaran atau identiti PALAPES yakni sebahagian dari residennya adalah merupakan ahli-ahli PALAPES darat, laut, dan udara.


DPP TNB & DPP MAS



DPP TNB 


DPP TNB adalah singkatan kepada dewan penginapan pelajar Tenaga Nasional Berhad. Dpp yang dinamakan kebiasaanya mengikut kepada syarikat-syarikat, institusi & organisasi yang terkenal di Malaysia yang juga pemyumbang utama kepada universiti ini. 


Pembinaan DPP Tenaga Nasional Berhad ini telah menyuntik pelaburan faedah pelajar di kolej ini. Sejak penubuhan pada tahun 1991, DPP TNB ini telah diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Pelajar di bawah Bahagian Perumahan dan Penempatan (U3P). Unit U3P adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan kediaman & kemudahan pelajar. 


Namun pada tahun 2008, semua kolej kediaman di UUM telah diletakkan di bawah kolej akademik COB, CAS, dan COLGIS. DPP TNB adalah antara dpp yang berada di bawah COB. 


Namun pada tahun 2010, telah berlaku penyusunan semula semua temapt kediaman yang menyaksikan DPP TNB kembali ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan diletakkan di bawah Pusat Penginapan Pelajar (SAC) yang menguruskan semua pentadbiran yang berkaitan tempat kediaman.





DPP MAS


DPP MAS adalah singkatan kepada Dewan Penginapan Pelajar Malaysia Airlines Service. Dpp ini merupakan kolej kediaman yang pertama ditubuhkan di Universiti Utara Malaysia. Ia dibina pada tahun 1989 dan dibuka secara rasminya pada tahun 1990. 

Terdapat 3 buah blok di atas bukit iaitu blok perempuan dan 3 blok lelaki di bahagian bawah berhampiran tasik UUM. Kolej ini pada mulanya dikenali sebagai kolej Pertama kerana ia merupakan kolej yang mula-mula didirikan di UUM.

Kemudian, ia ditukar nama kepada Kolej Kediaman MAS sempena nama syarikat korporat MAS pada tahun 1993. Seterusnya nama Kolej Kediaman MAS ditukar pula kepada Dewan Penginapan Pelajar pada tahun 2008 dan dinamakan Dewan Penginapan Pelajar MAS sehinggan kini.












Sunday, 17 March 2013

DPP TRADEWINDS & DPP PROTON




DPP LALUAN (A)



Di UUM, 15 dpp terbahagi kepada 4 laluan...
iaitu laluan A, laluan B, laluan C & juga laluan D...
laluan A merupakan laluan bagi 4 DPP, iaitu DPP Tradewinds, DPP Proton, DPP TNB, & DPP Mas...

setiap DPP mempunyai logo masing-masing yang melambangkan identiti DPP tersebut...

DPP TRADEWINDS

Dewan Penginapan Pelajar Tradewinds ini terdiri daripada 4 blok kediaman iaitu 1 blok lelaki dan 3 blok perempuan yang menampung seramai lebih kurang 1000 orang pelajar.

Dahulunya kolej ini dikenali sebagai kolej Pernas yang merupakan kolej kediaman yang ketiga daripada 15 kolej yang dibina di Universiti Utara Malaysia. Pengiktirafan sebagai Dewan Penginapan Pelajar telah dibuat pada 11 September 2007.

DPP Tradewinds merupakan DPP yang terkenal dengan kolej yang menekankan aspek kebudayaan dalam setiap aktiviti yang diadakan..malah kebanyakan pelajar yang berada di DPP Tradewinds ini juga merupakan pelajar yang aktif dalam aktiviti budaya...

Tambahan pula, DPP Tradewinds ini merupakan salah satu daripada DPP yang paling dekat dengan pusat budaya & seni..

di bawah ini adalah di antara pelajar-pelajar yang pernah menduduki barisan-barisan Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar & Pembangunan Siswa.


MANTAN-MANTAN JAWATANKUASA KEPIMPINAN & PEMBANGUNAN SISWA (JKPS) sesi 2011/2012





DPP PROTON

DPP Proton mula dibina pada 19 Jun 1992 dan mula dihuni pada 15 Jun 1993. DPP Proton yang terletak di kawasan tinggi di lembah sintok adalah ,menjadi kebanggaan semua penghuninya. Ianya merupakan DPP yang ke10 dan merupakan kolej yang mempunyai reka bentuk yang unik dan cantik. Nama Proton yang diambil adalah sempena snama sebuah badan korporat iaitu Proton Holdings Berhad. 

DPP Proton telah dirasmikan oleh Yang MuliaTengku Datuk Mahalel, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Holdings Berhad. Dataran Proton yang tersergam indah telah menjadi saksi pada hari perasmian yang gilang gemilang pada 12 Disember 1998.




DPP ini mempunyai 8 blok kediaman dengan nama tersendiri seperti Inspire, Gen 2, Persona, Exora, Perdana V6, Waja, Saga, & Satria Neo. Pentadbiran yang cekap dan berdedikasi menjadi tulang belakang untuk menjadikan DPP Proton adalah antara DPP yang tercantik di UUM.








                                                                                                                                                                   

RINGKASAN EKSEKUTIF


Sebagaimana yang kita maklum, setiap Dewan Penginapan Pelajar yang terdapat di UUM ini mempunyai nama dan maksud yang berbeza...

Antara DPP-DPP yang terdapat di UUM ini adalah :-

1) DPP MAS

2) DPP TNB

3) DPP PROTON

4) DPP TRADEWINDS

5) DPP PETRONAS

6) DPP EON

7) DPP SIME DARBY

8) DPP TM

9) DPP MISC

10) DPP BSN

11) DPP MAYBANK

12) DPP YAB

13) DPP BANK MUAMALAT

14) DPP BANK RAKYAT

15) DPP SME BANK

Saturday, 16 March 2013

ABSTRAK & PENDAHULUAN...

Matlamat tugasan kumpulan ini ialah :

- untuk mengkaji, mengguna, dan memahami penggunaan aplikasi web 2.0
Dengan melaksanakan tugasan ini, kami dapat mengkaji, mengguna, dan memahami penggunaan aplikasi web 2.0 ini dengan lebih mendalam. Contoh bagi aplikasi yang menggunakan web 2.0 ini adalah seperti Youtube, Facebook, Myspace, Twitter, Blog dan sebagainya. Kewujudan aplikasi web 2.0 ini banyak memberi sumbangan dalam dunia IT, dimana ia dilihat dapat mengembangkan jaringan komunikasi secara tidak langsung. Justeru, aplikasi web 2.0 ini banyak memberi sumbangan kepada hidupan harian masyarakat.


- meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan sistem maklumat
Melalui kajian ini juga, kami dapat meningkatkan pengetahuan kami tentang pengurusan sistem maklumat yang juga merupakan salah satu subjek yang diambil pada semester ini (2012/2013). Pengurusan sistem maklumat (MIS) ini adalah satu bentuk sistem sokongan unyuk pengurusan. Ia menyediakan maklumat bagi menyokong keperluan pembuatan keputusan harian kepada pengurus pengguna akhir. Selain itu, pengurusan sistem maklumat ini juga menekankan kepada penyediaan maklumat tertentu kepada pengurus supaya dapat membantu keputusan harian dibuat dengan lebih berkesan.


PENDAHULUAN




Assalamu'alaikum sahabat semua,
salam dihulur sebagai pembuka bicara,
beradanya kami di sini untuk menyampaikan satu cerita,
ceritanya adalah tentang DPP dalam Universiti Utara Malaysia.

Universiti Utara Malaysia ini sememangnya terkenal dengan salah satu universiti di Malaysia yang berorientasikan pengurusan terunggul.

Apa yang bermain di minda anda apabila kami mengemukakan persoalan-persoalan ini :-

1) Adakah anda sebagai mahasiswa/i UUM sendiri merasakan bahawa UUM ini adalah Universiti Pengurusan Terunggul?

2) Mengapa anda berfikiran demikian?

Sebagai seorang pelajar UUM, kami faham keadaan yang anda hadapi  walaupun segelintir daripada  anda merasakan bahawa UUM masih banyak yang perlu ditambahbaikan. Namun sedarkah anda, kita sebagai pelajar UUM patut berbangga kerana kita SEKARANG INI berada di US!!!!!

Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan US????

Ahaaaaaaaaaaaaaaa.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Ya, betul...Ulu Sintok!

Jadi berbanggalah anda kerana kita ditakdirkan berada disini...

Mengapa pula kami mengatakan bahawa UUM ini adalah universiti terunggul?

mari kita sama-sama menyaksikan tayangan video ini...






Sebagaimana yang kita ketahui, di UUM ini terdapat 15 buah kolej atau di UUM lebih dikenali sebagai ...DEWAN PENGINAPAN PELAJAR...

Di sini kami akan menghuraikan apa yang ada di setiap DPP di Universiti Utara Malaysia ini...








~COVER PAGE~



( THE EMINENT OF MANAGEMENT UNIVERSITY)


MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM
(GROUP E)

DEWAN PENGINAPAN PELAJAR DI UUM : 


SUCCESS GURLZ


HABIBAH BINTI CHE HASAN
(214052)
920704-03-5482
BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION

AINIE BINTI AZALLI
(214022)
920919-07-5588
BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION